Monday 10 October 2011

Al-Quran memujuk kita....

Al-Quran Memujuk Kita


Siapakah kita untuk terus menjalani hidup dengan bahagia? Sedangkan cabaran dan dugaan bila-bila sahaja akan menempuh hari yang bakal mendatang. Kadang-kadang manusia diberi nikmat-Nya dan sering kali juga nikmat itu disalahgunakan. Adakalanya manusia mengeluh dengan apa yang telah diatur, namun sememangnya manusia itu takkan lari daripada mengeluh. Tanya diri, berapa banyak keluhan kita dalam sehari berbanding pujian untuk-Nya? Itulah manusia.


Firman Allah S.W.T., maksudnya :
“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tiada sesuatu pun yang dapat menahannya. Apa jua yang ditahan oleh Allah kepada manusia, maka tiada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu, dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fatir : 2)


Firman-Nya lagi, maksudnya :
“Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu), "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawapannnya, "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami, ahli tauhid atau golongan kamu, ahli syirik (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan), keadaan tetapnya atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata." (Surah Saba : 24)


Lantas hari-hari yang berlalu dinikmati bersahaja, peringatan yang datang seakan angin yang menampar pipi. Tatkala angin berlalu pergi, kedinginan turut hilang. Kadangkala tangisan penuh kesedaran itu tiba, namun akan hadir jua perasaan putus asa terhadap keampunan-Nya, seolah-olah diri tidak akan diterima amalannya, lantas amalan terputus begitu sahaja. Tambahan pula dengan dosa yang memujuk hati yang sememangnya tiada ketenangan dalam diri.


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad), "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.” (Surah Az-Zumar : 53)


Tatkala masa sibuk datang, kerinduan bertandang pada masa lapang. Hari dilalui dengan mengharap masa akan pantas berlalu sedangkan hari nyawa terpisah daripada jasad semakin pendek. Kesibukan yang menjadi ujian. Ada yang berusaha belajar daripada kesilapan masa lalu. Ada yang berusaha mempelajari perkara yang membuat kesilapan akan datang. Manusia hari ini tidak tahu, mungkin setelah ujian atau bala menimpa, barulah manusia tersedar akan perkara yang dianggap remeh ini amat mempengaruhi hari kebesaran kelak. Setakat manakah manusia yakin hari itu bakal menjelang? Tepuk dada tanya iman.


Firman Allah S.W.T., maksudnya :
“Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan, dan kalau dia ditimpa kesusahan maka menjadilah dia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapannya (dari rahmat pertolongan Allah).” (Surah Fusilat : 49)


Firman-Nya lagi yang bermaksud :
“Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (daripada bersyukur), dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka dia berdoa merayu dengan panjang lebar.” (Surah Fusilat : 51)


Manusia memikirkan falsafah yang mampu menyedarkan diri dan kesedaran yang hadir dengan rasa cinta dan takut untuk melakukan perkara yang mendatangkan dosa. Bilakah agaknya perasaan itu lahir? Beribu-ribu kali bermuhasabah diri namun jarang sekali istiqamah. Tiap-tiap kali rasa manis beribadah itu hadir meresap dalam diri, pada masa yang sama kita rebah dengan ujian yang sering kali terlepas pandang pada hikmahnya.


Allah merakamkan kalam-Nya yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah Al-Hujrat : 15)


Kesabaran amat mudah diungkapkan dengan kata-kata. Namun, untuk meresap dalam jiwa amat berat sekali. Hati yang tiada tempat sandaran akan sentiasa meragui usia perjalanannya. Tanpa iman di hati, sabar tidak akan bererti. Tanpa sabar, iman tidak akan bermakna. Biarkan hati manusia diterangi laluan yang sentiasa memujinya tatkala manusia melalui jalan itu agar segala susah payah akan terbela. Tidak di dunia sekalipun tapi akhirat itu pasti.


Allah berfirman di dalam Al-Quran, maksudnya :
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh), dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman, serta berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan mereka berkata, "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Al-Baqarah : 155-157)


Kesenangan di dunia tidak akan kekal selamanya. Titipkanlah dalam hati biar kesenangan yang datang tidak akan menggelapkan iman serta membutakan pandangan. Kemewahan itu antara lain adalah ujian buat kita. Tatkala kita ditimpa kemiskinan, diri mengeluh seolah-olah miskin itu membuatkan kita jauh dari-Nya. Ingatlah sesama kita. Ibadah bukan untuk dijual beli, nilainya pada pahala yang diberi dari Yang Maha Mencintai. Kemewahan dunia bukan pada harta semata-mata, tetapi kemenangannya pada orang-orang yang tetap mengerjakan solat dan diri yang penuh ketenangan. Ketenangan akan hadir sewaktu dalam diri yang mencintai ketetapan Allah.


Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Dan (ingatlah) segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Az-Zukhruf : 35)


Al-Quran itu bukan setakat bacaan yang dilagukan lalu mencipta bait-bait yang syahdu didengari dan menusuk di jiwa. Al-Quran itulah pemujuk kita. Walau dalam tangisan membaca amaran-amaran keras dari Tuhan, pada masa yang sama diri akan redha dan tenang akan pujukan ayat-ayat Allah. Selagi nyawa belum berpisah, selagi itulah pintu taubat masih terbuka luas. Seandainya kita benar-benar memahami maksud kandungan Al-Quran, maka akan bermain di fikiran betapa beratnya azab dari Allah akibat betapa banyak dosa dalam diri. Tanyalah pada diri , berapa banyak kita melafaz kesyukuran dan menzahirkannya?

Sememangnya ayat-ayat itulah muhasabah terbaik buat manusia. Tangisan tidak akan berhenti mengenangkan nasib akhirat kelak. Tiada gunalah kecantikan diri jika sedikitnya pahala untuk meniti Titian Siratul Mustaqim.


Firman-Nya lagi yang bermaksud :
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur), dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur." (Surah Al-Furqan : 50)


Cinta itu milik Allah. Segala yang ada di langit dan di bumi merupakan milik Allah. Tiada yang kekal melainkan-Nya. Andai Dia menarik kembali nikmat yang diberikan, mungkin itu antara cara menyedarkan kita dan menambahkan pahala kita. Peliharalah diri, saling berukhuwah, ingat-mengingati. Permusuhan sesama saudara hanya membawa kemurkaan Allah. Kita semua menginginkan Syurga, namun mengapa membezakan dan membandingkan apa yang tersurat pada pandangan kita? Fikirkanlah apa yang tersirat. Pasti kekecewaan yang menggoyah iman tidak akan lahir. Al-Quran benar-benar memujuk manusia dan meyakinkan manusia.


Allah ada menyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Al-Haqqah : 48)


Pada kalam yang lain lagi, yang bermaksud :
"Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya)." Surah Al-Haqqah : 51)


Marilah sahabat-sahabat muslimin muslimat sekalian, Alunkanlah bacaan Al-Quran itu, fahamilah maksudnya agar jiwa ketakutan pada azabnya meresap dalam setiap nawaitu agar diri sentiasa mengingati mati. Semoga terpeliharalah iman dalam diri. Itulah muhasabah yang terbaik disisi-Nya. Pujuklah dirimu dengan Al-Quran.


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah Al-‘Asr : 1-3)

Kertas kerja solat hajat

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
JABATAN SASTERA IKHTISAS
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR


1.       NAMA PROJEK                    :  PROGRAM PENINGKATAN PENCAPAIAN .                                                           AKADEMIK & BARAKAH ILMU SESI 2011/2012.
2.       TARIKH DAN TEMPOH     :  14 OKTOBER 2011 (Jumaat)
3.       TEMPAT                                 :   Kolej Matrikulasi Johor
4.       PENYERTAAN                      :   Semua Pelajar Kolej Matrikulasi Johor
5.       PENGANJUR                         :  Unit Pendidikan Islam dan Moral & Jawatankuasa                                                                 Masjid An- Nur, Kolej Matrikulasi Johor..

6.           RASIONAL             : Melahirkan generasi Muslim yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t secara seimbang dan berterusan dalam konteks dunia dan akhirat. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membentuk dan mendidik jiwa seluruh warga Kolej Matrikulasi Johor dengan cara hidup yang diredhai oleh Allah s.w.t.

7.      OBJEKTIF:
7.1. Meningkatkan amalan ibadat solat dalam kalangan  kalangan pelajar KMJ.
7.2. Membimbing para pelajar  menjalani kehidupan yang seimbang dunia & akhirat.
7.3. Menghayati keberkatan solat hajat yang dilaksanakan secara berjamaah.
7.4. Membudayakan solat hajat sebagai pemangkin usaha dan kejayaan.
7.5. Memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah.

8.         LATAR BELAKANG:
Program Solat hajat merupakan program yang dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam, KMJ pada setiap tahun apabila menjelang musim peperiksaan.. Pengisian dan aktiviti yang dilaksanakan diharapkan dapat mengisi tuntutan sebagai hamba yang taqarrub kepada Allah s.w.t selaras tuntutan Al Quran dan Sunnah.


9.         PERANCANGAN:

9.1.      Mengadakan mesyuarat di peringkat Unit Pendidikan Islam dan Moral.
9.2.      Menyediakan Kertas Kerja dan mengemukakan permohonan kelulusan kepada Tuan   Pengarah.
9.3.      Mesyuarat jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana.
9.4.      Melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti yang dijadualkan.


  1. PELAKSANAAN / AKTIVITI:

BIL
MASA
AKTIVITI
AJK PELAKSANA
1

2

3

4
5

6

7
7.15 – 7.40 Mlm

7.40 – 8.00 Mlm

7.15 -8.00 mlm

8.00 – 8.05 Mlm
8.05 – 8.20 Mlm

8.20 – 8.40 Mlm

8.40  - 9.00 Mlm
Solat Maghrib

Solat Hajat

Ceramah motivasi

Lafaz Izin Ilmu
Ucapan Pengarah

Solat Isyak

Kudapan VIP

Kudapan Pensyarah & Staf

Kudapan Pelajar
Imam Bertugas

Us Awang bin Ab. Rahman

En. M.Paramesparan A/L Muniandy (DKB1)

Wakil Pelajar (YDP) & Wakil Pensyarah
Tn. Hj. Sasman bin Hj. Yasir

Imam Bertugas

Usth Noorhayati bt Saidon

Usth Zuraidah bt Hamidun


En. Mohamad Hanif b Fauzi


11.       AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:

Pengerusi                     :           Tn. Hj. Sasman bin Yasir
                                                Pengarah Kolej Matrikulasi Johor
Timbalan Pengerusi     :           Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor
Penyelaras                   :           Ust Awang bin Abd. Rahman
Pen. Penyelaras           :           Ust Wan Mohd Izni bin W. A. Lah    
Setiausaha                   :           Usth Akmariah bt Mamat
Pen. Setiausaha           :           Usth Zainon bt Muda

Jawatankuasa  :          
Jemputan, Sambutan dan Protokol                 Buku Program
1. Tn. Hj. Ab Rahman bin Nansok                  1. En. Azizan bin Suhadi
2. En. Rosdi bin Rawi                                     2. Ust Md Ishak bin Said
                                                                                               
Kebersihan                                                      Disiplin dan Kawalan Pelajar

Anak-anakku

Aisyah tgh riba Auni yg sedang ngantuk.....

Aisyah baru nak belajar solat ......